Betulkah Tilawah Kita?

Alhamdulillah, apabila berada di bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai umat Islam menambahkan perkara sunat, di antaranya tadarus Al Quran. Dengan Maha Pemurahnya Allah, ganjaran yang besar kepada hambanya yang membaca Al Quran malah menatapi ayat-ayatnya sahaja, kita akan diberi ganjaran pahala. Walaubagaimana pun, apa yang kita harapkan setiap huruf dan ayat yang kita tilawahkan biarlah berpahala. Kerana bagi pembaca yang membacanya tanpa tajwid yang betul akan dilaknat oleh Allah(orang yang membaca tanpa berguru). Oleh itu, sebaik-sabaiknya kita hendaklah mempelajari AlQuran sepanjang hayat kita dan sekiranya telah mahir bolehlah kita mengajarkan kepada orang lain, tetapi kita tetap perlu mempelajari sehingga ke akhir hayat kita. Bulan Ramadhan inilah masa yang terbaik kita memperbetul bacaan dengan bertadarus bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan bertadarus kita mengetahui kesalahan atau kekurangan bacaan melalui semakan rakan-rakan kita. Secara tidak langsung kita dapat bermuhasabah tentang kelemahan kita apabila diperbetulkan bacaan. Maka tahulah kita bahawa sebenarnya kita ini hamba yang masih banyak yang perlu dipelajari berkaitan dengan Al Quran, walaupun kita telah khatam berpuluh atau beratus kali. Ambillan pengalaman bulan Ramadhan ini sebagai motivasi untuk kita terus mempelajari Al Quran. Kitab yang serba lengkap yang akan menjadi teman kita di akhirat nanti.

Leave a Reply