BERUNTUNGNYA BERGURU DAN BERGAUL DENGAN ULAMA

Sebentar tadi kedatangan terutama yang istimewa Guruku Tuan Hj Yacub Lubis dan rakan sepengajian serta keluarga masing-masing.Pada kebiasaannya pada majlis perayaan, tetamu akan asyik dengan pelbagai c erita berkaitan peribadi atau pengalaman diri, keluarga atau isu-isu semasa. Isu pada kebiasaan menjurus kepada keduniaan. Istimewanya tidak bagi bagi guru, sepanjang berada di majlis kami, belau tidak henti-henti memberi tazkirah tentang kehidupan kita sebagai hamba Allah. Dari isu jenis-jenis mati syahid, akidah, tujuan kita dilahir dan kehidupan di alam kekal abdi iaitu alam akhirat. Majlis kami padat dengan ilmu. Begitulah juga keadaannya jika kami bertandang ke rumahnya. Hujah dalam tazkirahnya dikuat dengan firman Allah swt dan hadis Rasulullah saw.  Moga majlis kami dirahmati dan Allah swt masih memberi peluang kepada guru mengajar kami sehingga kami lebih bersedia untuk ke alam sana yang kekal abadi.

Leave a Reply