BERUNTUNGNYA BERGURU DAN BERGAUL DENGAN ULAMA 

Dalam sehari siapakah yang sentiasa berada dalam senarai doa kita ? Pada kebiasaan diri sendiri, anak dan kedua ibu bapa sahaja yang tersenarai dalam doa kita, kadang-kadang mereka selain kita kita lupa. Untuk diri sendiri pun entah berapa kali dalam sehari kita doakan. Malah kadang-kadang dalam sehari langsung kita tidak mendoakan diri sendiri, apatah lagi keluarga terdekat yang lain. Keluarga jauh dan orang lain yang tidak berkaitan memang tidak pernah termasuk dalam senarai. Itu realitinya seorang insan biasa yang tidak berilmu dan yang lebih parah lagi tidak mahu belajar.

Situasa tidak berlaku kepada para ulama atau orang yang soleh. Mereka meletakkan harapan kepada Allah swt dalam setiap detik kehudupan. Inilah yang membawa mereka berdoa setiap masa. Siapakah yang sentiasa menjadi senarai VIP dalam doa mereka selain diri sendiri dan keluarga terdekat. Mereka ialah keluarga jauh dan dekat, rakan-rakan, guru-guru, murid-murid, jiran dan semua muslimin. Kalau kita keluarganya kita akan mendapat doa tiga dalam satu iaitu, keluarga terdekat dan jauh serta kaum muslimin. Jika kita seorang rakan, dua dalam satu iaitu, rakan dan kaum muslimin. KESIMPULANNYA kita sentiasa berada dalam senarai doanya setiap masa. Apakah tidak beruntung? Berbanding dengan orang kebanyakkan yang tidak akan mendoakan kawan malah untuk dirinya sendiri. Mungkin kita juga akan dapat doanya jika orang muslimin yang maksudkan secara umum. Akan tetapi pada kebiasaanya dituju kepada kaum muslimin yang beriman. Begitulah beruntungnya sekiranya kita mendampingi para ulama atau orang yang soleh, kita akan sentiasa didoakan selain kita diingatkan supaya kita sentiasa berdoa dan kitapun akan masukkan senarai sepertinya juga.

Leave a Reply