BERTANGGUH BERAMAL BERMAKNA BERTANGGUH DARI NIKMAT IMAN

Kita boleh sahaja bertangguh dalam beramal, kita boleh menangguhkan solat berjemaah lima waktu di masjid, kita boleh saja bertangguh untuk solat di awal waktu, kita juga tidak mempunyai masalah untuk menangguh dulu solat-solat sunat, kita boleh tangguh dulu untuk bangun malam, kita juga boleh kemudian dalam zikrullah, kita boleh melambat-lambatkan dalam menuanai ibadat fardu haji, kita boleh abaikan buat sementara waktu puasa-puasa sunat dan banyak lagi amalan yang kita mampu tangguh tanpa apa rasa sampingan pada kita(kita saja rasakan), namun kita tidak dapat menangguh walau sesaat apabila ajal datang. Jika pun ajal belum sampai sebenar kita sedang menangguh rasa manisnya beribadat. Untuk merasakan manisnya beribadat, sila jangan tangguh sesautu amalan dengan mengamalkan secara istiqamah amalan biarpun yang sekecil-kecilnya seperti doa harian yang paling mudah. Mudah dengan doa tersebut membawa kita kepada amalan seterusnya secara istiqamah. JANGAN SEKALI-KALI KITA TANGGUHKAN UNTUK MERAIKAN MANISNYA IBADAT DAN apatah lagi kita akan merasakan MANISNYA KEMATIAN DALAM KITA BERIBADAT SECARA ISTIQAMAH WALAUPUN BENTUK AMALAN KITA HANYA SEBESAR ZARAH.

Leave a Reply