BERSUNGGUH-SUNGGUHKAH KITA?

Solat berjemaah merupakan suatu tuntutan yang utama bagi seorang lelaki yang tiada uzur syarie. Sehinggakan Rasulullah sallahu ‘alaiwasallam mengancam untuk membakar rumah orang tidak hadir berjemaah tanpa sebab yang dibolehkan. Apabila sesuatu sunnah itu amat dituntut,maka, yakinlah ianya dapat kita laksanakan walau dalam keadaan situasa bagaimana sekalipun. Malah ada ulama yang meragui kesahan orang solat di rumah sedangkan dia mendengar azan berkumandang. Susahkah untuk solat berjemaah lima waktu (penuh) dengan istiqamah? Kepayahan, kesukaran dan kemustahilan hanya wujud jika kita tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan secara istiqamah! Jika kita bersungguh-sungguh semuanya senang dan mudah. Apatah di negara kita masjid dan surau berjajaran sepanjang jalan dan bertaburan di kampung, taman perumahan, pekan. premis-premis perniagaan dan di dalam kawasana bandar-bandar memudahkan kita hadir solat berjemaah walaupun di mana kita berada. Kecualilah kita berada di tengan hutan(itu amat jarang kecuali dalam perjalanan jauh. Namun, pada kebiasaan kita bermusafir jauh bukan berseorangan yang menghalang kita berjemaah). Perancangan masa dan wuduk atau air untuk wuduk merupakan kunci utama dalam memastikan kita tidak ketingagalan solat berjemaah walau di manapun kita berada. Rancangkan untuk kekal berjemaah dengan bersungguh-sungguh dan bersungguh-sungguh dalam keinginan kita untuk berjemaah lima waktu tanpa ketinggalan walaupun satu rekaatpun. Jika berada di rumah sila pastikan pesrsiapan untuk hadir berjemaah sekurangnya lima minit sebelum masuk waktu solat waktu. Jika di luar rumah, rancangkan di mana kita akan berjemaah apabila masuk waktu. Jika bermusafir, kita perlu rancang di mana kita akan solat fardu Subuh berjemaah (solat fardu lain kita diberi kelonggaran untuk jamak). Renungkan sama ada kita sudah bersungguhkah atau sekadar berjamaah mengikut keselesaan kita?

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. stained concrete Austin - Trackback on 2016/06/20/ 20:02
  2. خرید vpn - Trackback on 2016/06/24/ 07:08
  3. Online dating for educated singles in amsterdam - Trackback on 2016/07/15/ 16:10
  4. giá trần xuyên sáng - Trackback on 2016/08/16/ 15:19
  5. Greenleaf Lawn Care Services - Trackback on 2016/09/19/ 13:19
  6. gudang karawaci - Trackback on 2016/09/23/ 04:58
  7. lam chắn nắng cosfa - Trackback on 2016/10/05/ 17:31
  8. Make Money Online - Trackback on 2016/11/04/ 14:57