BERSUNGGUH-SUNGGUHKAH KITA III?

Bersungguh-sunnguhkah sudah kita untuk tadarus al Quran secara tetap(istiqamah) sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari( dengan melihat mushaf). Seandainya merasakan susah sangat, maka baca saja surah al Fatihah sebanyak 15 Kali dalam sehari( 7 ayat dalam surah Alfatihah Kali 15 = 105 ayat). Muadahkan? Secara perlahan-lahan bacalah surah al Waqiah dan Alfatihah ( 96 ayat + 7 ayat = 103 ayat) setiap hari bersungguh-sungguh hingga istiqmah. Apabila kita sudah lancar ianya hanya mengambil masa 7 hingga 10 minit sahaja. Cuba dengan yang dicadangkan dahulu kemudian secara sedikit demi sedikit kita tadarus al Quran bermula dari surah pertama hingga ke seratus empat puluh empat ( paling kurang sekali setahun kita khatam). Tingkatkan(upgrade). Ironinya kita mesti bersedia mengurangkan penggunaan masa-masa yang tidak befaedah sebelum ini.Catatan penting: pelajari dan dalamilah ilmu al Quran sedalam-dalamnya dengan menghadiri kelas al Quran secara rutin dan bersungguh-sungguh supaya amalan tadarus kita tidak sia-sia( kesalahan dan kesilapan yang berlaku semasa kita sedang giat mendalaminya dimaafNya). BERAMALLAH DENGAN ILMU DAN AMALKAN ILMU YANG DIPEROLEHI.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. 越獄大師 - Trackback on 2016/08/28/ 05:59