BERSUNGGUH-SUNGGUHKAH KITA IV?

Pada kebiasaannya kita akan lebih bersungguh dalam berdoa yang sangat kita hajati, namun jarang kita bersungguh-sungguh mengamalkan doa yang disyorkan dan menjadi amalan Rasulullah sallalahu’alaiwasallam yang fadhilat yang berbentuk keuntungan yang dapat dinikmati secara langsung. Sebagai contoh : sudah bersungguhkah kita mengamalkan doa sebelum dan sesudah makan secara istiqamah? Bersungguh sudahkah kita mengamalkan doa sebelum dan selepas kita tidur? Bersungguhkah sudah kita amalkan doa masuk dan keluar tandas? Bersungguhkah sudah kita berdoa masuk dan keluar rumah? Bersungguhkah sudah berdoa semasa masuk dan keluar dari masjid? Bersungguhkah sudah kat mengamalkan doa perjalanan ke masjid? Bersungguhkah kita berdoa apabila berkunjung ke rumah orang? Bersungguhkah kita mendoakan kepada orang yang menjamu kita makan? Bersungguh-SUNGGUHKAH kita berdoa agar kita disampaikan ke Tanah Suci untuk melaksanakan rukun yang kelima semasa USIA masih bertenaga? Bersungguh-sungguh tersebut mestilah dimulai dengan bersunguh-sungguh menghafal doa tersebut dan terus mengamalkan satu persatu secara istiqamah setiap Hari dan setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita sepanjang masa. Hafal doa tersebut satu persatu dan amalkan satu persatu secara bersungguh-sungguh dan istiqamah sehingga hayat kita dipanggilNya. Rasailah kemanisan doa-doa tersebut apabila anda telah istiqamah .

Leave a Reply