BERSUNGGUH-SUNGGUHKAH KITA II?

Selepas kita melaksanakan solat berjemaah secara bersungguh-sungguh dan berjaya! Kita mulai pula dengan solat-solat sunat yang menjadi amalan Rasulullah sallah hu’alaiwasallam seperti solat sunat sebelum Subuh dengan besrsungguh-sungguh! Sila pastikan kita sudah berada di masjid atau Surau ketika azan dikumandangkan supaya kita bersedia untuk solat sunat sebelum Subuh( GANJARANNYA DUNIA DAN SEISINYA) dan jika tertinggal( kerana terlewat) sila pastikan dilaksanakan sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah dan sebaiknya laksanakan di rumah( dibolehkan solat selepas solat fardu Subuh kerana besar fadhilatnya dan menjadi amalan Rasulullah sallah hu ‘ alaiwasallam. Apa yang pasti ialah apabila kita bersungguh-sungguh solat Subuh berjemaah sudah tentu solat sunat ini tidak akan cicirkan begitu saja. Bersungguh-sungguh untuk tidak meninggalkan solat witir sekurang-kurangnya satu rekaat merupakan jalan untuk istiqamah melaksanakan solat dengan solat witir terbaik tiga rakaat. Seterusnya solat yang menjadi rutin Rasulullah sallah hu ‘alaiwasallam iaitu solat dhuha. Solat ini semestinya juga perlu bersungguh-sungguh hatta semasa memandu sekalipun cuba laksanakan mengikut cara yang disyorkan syara’. Dua rakaat yang ringkas dan tidak mengambil masa yang lama membawa kita untuk mendapat ganjaran tidak terhingga akhirat dan dunia. Apabila solat berjamaah dan sunat ini dapat kita laksanakan secara bersungguh-sungguh dan berhasil maka, kita akan mulai merasakan keseronokannya dan menuju keseronok beribadat yang lain. insyaAllah .

Leave a Reply