BERSUNGGUH-SUNGGUH SUDAHKAH KITA VI?

Wuduk merupakan syarat sah solat. Adakah kita berwuduk apabila ingin solat? Pada waktu di luar solat kita tidak mengambil berat untuk mempertahankan wuduk. SUDAHKAH kita bersungguh-sungguh untuk mempertahankan wuduk sepanjang masa hatta ketika ingin tidur sekalipun. Bolehkah kita bersungguh-sungguh memastikan kita berwuduk sebaik sahaja kita keluar dari rumah dan semasa kembali masuk ke rumah? Seandainya kita terbatal wuduk susahkah untuk kita berwuduk kembali( kecuali keadaan yang tidak mengizinkan)? Bolehkah kita pastikan bersungguh-sungguh apabila setiap keluar dari bilik air kita mesti berwuduk terlebih dahulu? BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH MENJAGA WUDUK KITA SETIAP MASA!,

Leave a Reply