BERSUNGGUH-SUNGGUH SUDAHKAH KITA V?

Kita pada kebiasaannya sering dilekakan oleh syaitan untuk mengingatiNya. Kita disibukkan dengan perkara yang sebenar boleh diperlambatkan kesibukan itu. Semuanya mahu cepat kecuali mati! Ramai mengakui sibuk dengan pelbagai urusan yang tidak akan selesai sehingga diselesaikan dengan kematian. Kesibukan tersebut kita boleh kurangkan dengan bersungguh-sungguh mengamalkan zikir mengingatiNya. Sudahkah kita bersingguh-sungguh berzikir selepas solat lima waktu? Inilah sahaja peluang kita mengingatiNya dengan BERSUNGGUH-sungguh kerana di waktu agak mustahil kita dapat berzikir mengingatiNya kerana kelekaan kita dengan urusan keduniaan. Ambillah peluang untuk beberapa minit dengan mengekalkan zikir selepas solat sebagai amalan harian tetap kita kepadaNya. Sudahkah kita mengamalkan zikir waktu pagi dan petang secara bersungguh-sungguh? Zikir yang menjadi amalan para solehin yang hanya mengambil masa kurang dari 20 minit. Di dalam zikir ini mencakupi istighfar kepadaNya dengan bacaan penghulu segala istighfar(saidulistigfar), di dalam zikir meliputi selawat ke atas jujungan besar Nabi S.A.W termasuklah selawat ibrahimtiah. Di dalamnya meliputi bacaan tiga qul. Tidak ketinggalan pelbagai pengakuan keEsaanNya serta doa-doa yang amat ‘power’. Sudahkah kita amalkannya dengan bersungguh-sungguh? Banyak panduan amalan zikir pagi petang yang disusun oleh para ulamak( di antaranya yang agak ringkas dan mampu diamalkan ialah “ZIKIR PADA PETANG” susunan alfadhil Dr Abdul Basit). Hafallah zikir-zikir sebelum tidur yang disyorkan para ulamak secara bersungguh-sungguh supaya pengisian kehidupan harian kita tidak dilalaikan oleh suatu yang tidak berfaedah di samping zikir tersebut sebagai pertahanan dalaman kita dari musuhNya sama ada musuh yang nyata dan tersembunyi.Zikir yang dicadangkan adalah amat ‘simple’ dan amat mampu diamalkan untuk kita sebagai orang biasa-biasa(awam) secara istiqamah dan hasilnya pasti memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita ke arah mendekati kepadaNya.

Leave a Reply