BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BERAMAL WALAUPUN AMALAN SUNAT

Asal buat oklah tu! Inilah suntikan jarum daripada syaitan laknatullah yang menyebabkan amalan kita begitu-begitu dari dulu hingga kini dan moga tidak selamanya. Asal solat, oklah! Tanpa mengambil berat tentang kualitinya. Sekiranya ini berlaku dalam amalan yang fardu dan diwajibkan, apatah lagi amalan yang disunatkan.
Sebenarnya di sinilah puncanya amalan kita sama dengan kelmarin, minggu lepas atau hari-hari sebelumnya.Laksanakan solat yang terbaik walaupun solat sunat, puasa yang terbaik walaupun puasa sunat, zikir yang terbaik dengan mulut melafazkan di samping hati membesarkannya, mendalami ilmu agama dengan penuh kesungguhan, biar semuanya bersungguh-sungguh.
Sikap tidak bersungguh-sungguh, cincai, asal buat dan tidak ada kualiti yang sebenar dipandu oleh syaitan perlu diubah sekiranya kita inginkan peningkatan dalam amalan kita. Caranya mudah iaitu laksanakan setiap ibadat secara bersungguh-sungguh walaupun ibadat tersebut ibadat yang sunat. Amalan sunat yang kita laksanakan bersungguh membawa kita untuk melaksanakan ibadat yang fardu DENGAN kualiti A +++++….
Tidak mungkin ibadat sunat A ++++..,.,, namun ibadat yang wajib sebaliknya. amalkanlah semua ibadat dengan bersungguh-sungguh. Di dunia pun jika kita melaksanakan kerja dengan bersungguh can berkualiti pasti mendapat hasil yang terbaik, begitu juga dengan amalan kita untukNya, untukNya semata-mata.

Leave a Reply