BERSEDIALAH APABILA INGIN MENGADAPNYA!

Apabila kita sebagai hambaNya ingin mengadapNya iaitu mendirikan solat hendaklah dalam keadaan yang benar-benar bersedia. Lebih lagi persediaan atau persiapan Berbanding jika kita ingin menemui manusia yang tinggi kedudukannya di dunia ini. Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam menyuruh kita datang solat DENGAN tenang dan cukupkanlah rakaat yang tertinggal. Bersedia dengan rapi untuk mengadapNya. Sentiasalah ‘alert’ waktu masuknya waktu solat fardu. Sebaiknya ( jika tidak berhalangan syarie) persiapannya kira-kira 1/2 jam sebelum waktu solat. Ia dimulai dengan membersih diri, berwuduk dengan sempurna,berpakaian yang terbaik ( elakkan memakai pakaian yang kita sendiri pun tidak memakai apabila keluar rumah untuk ke bandar atau bekerja apatah lagi menemui orang ternama!)berwangian, solat sunat wuduk, solat sunat taubat, tadarus atau tadabur satu dua ayat al Quran dan bergeraklah ke masjid dengan doa keluar rumah, zikir yang diajar Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam semasa perjalanan ke masjid, doa masuk ke masjid, solat sunat tahyatul masjid serta solat sunat rawatib qabliah. Untuk solat sunat qabliah yang tidak muakad bolehlah diganti DENGAN solat sunat taubat atau sunat hajat kerana masa waktu lain kita tidak mempunyai ruang melaksanakannya. Jawablah azan dan iqamat dengan bersungguh-sungguh. Berusahalah untuk sentiasa berada di saf yang pertama( makmum yang berada di saf pertama akan didoakan oleh para malaikat). Membaca doa dan zikir sebelum solat sebagai amalan Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam. Kemudian solatlah dengan khusyuk sebagaimana kita sedang berdepan denganNya. Ingatlah kita hambaNya yang amat hina ingin mengadapNya memohon RAHMATNYA tanda kehambaan kita kepadaNya.

Leave a Reply