BERSEDIA DAN MERANCANG APABILA INGIN LAKSANAKAN IBADAT

Bersungguh-sungguh dalam beribadat merupakan jalan kesempunaan.  Kesungguhan dalam beribadat bergantung kepada persiapan dan perancangan . Semakin rapi persiapan dan perancangan, maka makin lengkaplah pakej ibadat kita.  Kita sedia maklum melalui pengalaman dan pemerhatian, ramai yang beribadat ala kadar sahaja atau hanya melaksanakan yang rukun dan wajib sahaja. Kita tidak akan dapat laksanakan sesuatu amalan secara istiqamah jika kita merancang masa beribadat dengan betul. Jika kita tidak merancang bila kita perlu bersiap untuk ke masjid dengan    keadaan sudah sedia dengan wuduk dan solat sunat wuduk,, kita juga pasti akan terlepas solat sunat tahiyatul masjid jika terlewat tiba di masjid dan lebih malam lagi, terpaksa mesbuk( jika perancangan teliti sudah pasti perkara ini dapat dihindari, kecuali ada halangan tidak dapat dielakkan). Jika kita perhatikan juga, sebagian jemaah tidak mengambil berat wirid selepas solat dan ada sebahagian tertidur  sebaik selepas solat! Kenapa? Puncanya ialah kita tidak bersedia untuk melaksanakan amalan tersebut di sebab anggapan sunat sahaja atau disebabkan kekurangan tidur atau kelebihan. Apabila kita membuat perancangan dan persediaan , kita akan mencari punca dan cara mengatasinya agar semua amalan kita anggap penting dan perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah. Kena rancang apakah solat sunat yang perlu didiri secara istiqamah setiap hari, begitu juga dengan zikir atau doa yang semestinya kita rancang dengan teliti agar semuanya dapat kita amalkan. Beberapa plan perlu disediakan agar amalan harian kita dapat kita laksanakan dengan jayanya. Sebagai contoh,amalan tadarus selepas solat fardu Subuh, kita kena sediakan plan lain seandainya kebiasaan tersebut tidak dapat kita laksanakan kerana halangan tertentu. Egitu juga dengan amalan yang perlu ada plan A, B , C dan seterusnya. Jika persediaan dan perancangan rapi dan mampu laksanakan ,insyaAllah Allah akan mudahkan kita dalam melaksanakan setiap suruhanNya. Ingatlah semua suruanNya wajib dilaksanakan dan ianya mampu kita lakukan jika yakin dengan KEBESARANNYA.

Leave a Reply