Bersedekah untuk ‘orang Sebelah’


Hadith :

Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah” (al-Bukhari )

Bukhari

Huraian
Bersedekah adalah salah satu amalan sunat yang disarankan oleh Islam. Adalah penting bagi orang yang berharta untuk menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Keikhlasan dan ketulusan menghulurkan sedekah ini amat besar ganjarannya apatah lagi diberi keutamaan kepada ahli keluarga terdekat kerana pemberi sedekah berkenaan akan memperoleh dua ganjaran seperti mana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa-i dan at-Tirmidzi yang bermaksud: “Sedekah kepada orang miskin (akan mendapat pahala) sedekah, sedangkan kepada kerabat (ganjarannya) ada dua, iaitu sedekah dan silaturahim”

Leave a Reply