BERSALAM

Tujuan utama bersalaman semasa sesuatu pertemuan adalah sebagai tanda ukhwah sesama sanak saudara atau sesama Islam. Lantaran kita disuruh erat dan kemaskan genggaman dan sebolehnya bukan kita yang meleraikan. Semasa bersalaman hendak melihat wajah orang yang salami itu. Maka, akan terhasillah rasa silaturrahim walaupun pertama kali berjumpa atau seketika sahaja. Terkadang kala menyedihkan apa bersalam dengan orang yang pada zahirnya nampak macam ahli ibadat, namun apabila bersalam hanya di hujung jari sahaja dan menoleh ke arah lain. Salam yang terpaksa atau mengikut kebiasaan sahaja seperti salam selepas solat fardu. Untuk meraih pahala yang mudah, kita hendaklah jadikan perbuatan bersalam itu sebahagian dari aksesori ibadat dengan melaksanakan dengan keadaan penuh kesedaran seabagai tanda ukhwah dan kasih sayang sesama Islam. Biarlah mereka dengan cara salamnya dan kita dengan salam keranaNya.

Leave a Reply