BERMABIT DI MUZDALIFAH

Waktu di Makkah pukul 2.30 am (7.30 am waktu Malaysia). Jemaah haji ketika ini berada di Muzdalifah untuk bermabit yang merupakan syarat wajib haji, di mana jemaah hendaklah berada di sini walaupun hanya se saat. Di sinilah para jemaah mengutip anak-anak batu sebanyal 63 biji untuk ibadat melontar di Jummrah pada keesokan harinya. Para jemaah akan tidur untuk seketika bagi mensyaratkan untuk bangun solat tahajud dan sebagainya dan diakhiri dengan solat witir serta diisi dengan ibadat sepenuhnya. Di sinilah kita akan berada di langit luas tanpa sebarang atap dengan berpakaian ihram.Kita hendaklah bersungguh untuk beramal kerana banyak halangan yang menyebabkan sebahagiannya tidak menggunakan peluang keemasan ini untuk beramal menyebabkan masa berlalu tanpa sebarang amalan. Sekiranya perjalanan berjalan lancat, para jemaah akan bertolak ke Mina sebelum waktu Subuh dan solat fardu Subuh di Mina dan seterus melontar di Jamaratul Aqabah, Ula dan Wusta, Pasanglah niat dan berdoalah bersungguh untuk segera ke sana sebelum sebarang halangan mendatang. Semoga semua jemaah dikurniai haji yang mabrur. Untuk kita di di tanah air di sunatkan berpuasa serta banyakkan talil, tahmid, tasbih. takbir serta amalan harian yang biasa yang menuju ke arah ketaqwaan. Mulailah hari ini dengan qiamulai, sahur, solat Subuh berjemaah di Masjid, tadarus, tadabur, majlis ilmu. solat dhuha dan sebagainya yang menjadi amalan harian kita dan ibadat umum bersama keluarga dan masyarakat dalam persiapan menyambut idil adha esoknya.

Catatan: Sembunyikanlah amal ibadahmu, seperti kamu menyembunyikan perilaku buruk dan dosa-dosamu.

Leave a Reply