BERKORBAN APA SAJA

Berkorban pada bahasa ialah menyembelih binatang sempena Hari Raya korban, sebagai simbol pengorbanan Nabi Ibrahim A.S ke atas anaknya. Apakah cukup sebagai penyembelihan korban? Bagaimana dengan mereka yang tidak berkemampuan? bermakna tiada pengorbanan mereka kerana tiada kemampuan. Sebenarnya korban itu adalah simbol pengorbanan. Mereka yang mempunyai kemampuan kewangan digalakkan berkorban harta benda dengan menyebelih haiwan ternakan dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin.Oleh yang demikian rezeki yang Allah kurniakan tidak hanya berlegar di kalangan keluarga mereka, namun orang lain pun dapat merasainya sebagaimana juga tuntutan bayaran zakat bagi mereka yang berada dan cukup nisabnya. Hartawan yang soleh merupakan anugerah yang tidak perlu dipertikaikan, kerana syurga Allah tiada batasnya. Tempat untuk kita tetap Allah sediakan jika mengamalkan suruhan secara istiqamah dan ikhlas serta sentiasa mengharap rahmatNya.
Berbalik kepada korban, pada pengertian batinnya ialah kita dituntut untuk berkorban apa sahaja jika ingin mendapat redha dan rahmatNya. Di antaranya masa, banyak masa yang terkorban dengan perbuatan yang sia-sia. Ramai yang menghabiskan masa dengan menonton, berbual kosong, beriadah yang berlebihan, lepak dan sebagainya. Semperna dengan hari raya korban ini, bolehkan kita korban masa tersebut untuk melaksanakan amal ibadat. Sebagai contoh, gantikan bual kosong kita dengan tadarus al Quran barang seayat dua. Mengorbankan sedikit masa tidur kita yang lena di malam hari untuk bangun berqiamulai barang beberapa minit untuk sekurang-kurang solat sunat taubat, tahajud dan witir. Korbankan pandangan mata kita daripada melihat pemandangan yang murkaiNya. Korbankan perdengaran kita dari adu domba dan cerita yang muluk-muluk dengan mendengar alunan ayat-ayatNya dan nasihat-nasihat dari para agamawan yang soleh. Korbankan nafsu makan kita yang tidak terhad dengan makan apabila perlu. Apakah sahaja perbuatan buruk yang digantikan dengan baik merupa pengorbanan untuk mendapat redhaNya. Berkorbanlah apa saja yang patut kita korban dalam mengejar syurgaNya.

Leave a Reply