Berkhatan

Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:”Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Terdapat lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Riwayat Muslim

Huraian
1. Khatan bererti memotong kulit yang menutup “hasyafah” (kepala zakar) lelaki. Berkhatan adalah salah satu keutamaan agama yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
2. Islam tidak mensyaratkan bayi mesti dikhatankan semasa kecil malah ia harus dibuat sama ada anak tersebut masih kecil atau sudah besar. Tetapi lebih afdhal bagi ibu bapa mengkhatankan anak mereka pada hari ketujuh kelahirannya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa kelahiran dua orang cucu baginda.
3. Dari segi kesihatan dan perubatan, berkhatan boleh memelihara kebersihan diri, mengelokkan bentuk tubuh badan, dapat mengelakkan penyakit dan sebagai salah satu cara untuk mengendalikan nafsu syahwat selain dapat membezakan antara muslim dan kafir.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Reply