BERUZLAH LAH SECARA ISTIQAMAH WALAUPUN UNTUK WAKTU YANG SINGKAT

Apakah makna Uzlah?

Uzlah bermakna mengasingkan diri iaitu mengasingkan diri ,meninggalkan, melupakan daripada masyarakat,keluarga,kawan kawan, atau sebarang tanggung jawab yang menjadi rutin hidup dalam tempoh tertentu.. mungkin sehari, sepuluh hari,30 hari atau mengikut kadar waktu yang termampu.

Uzlah kebiasaannya disertai dengan amalan “Khalwah”
Khalwah ialah tinggal bersendirian/ bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa.

Maksudnya:”Tidak ada sesuatu yang dapat memberi manafaat kepada hati seperti UZLAH di mana seseorang hamba itu masuk kepadanya medan tafakkur”

“Sesiapa yang memencilkan diri akan selamat.Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada nafsu akan merasai kebebasan”….(Habib Al Ajmi)

Maka dengan kesibukan urusan kerja, keluarga dan persekitaran menyebab masa untuk bersamaNya agak terhad. Untuk cubalah kita ambul sedikit masa sekurang 1 jam dalam seminggu untuk berizlah. Pada hari biasa sukar kita untuk bersediri sama ada di rumag atau di masjid. setiap kali kita cuba berizlah ada sahaja halangan daripada perseketiran yang menghalang kita melaksanakan amalan yang sukar dan jarang dikerjekan dek halangan manusia di sekitar kehidupan kita. Jika kita laksanakan di masjid, ada sahaja pandangan sinis atau kehairan dengan amalan kita yang dan sukar dilaksana pada waktu kemuncak di antara maghrib dan Isya’. Di sini dicadangkan supaya kita mengadakan uzlah sekurang-kurang 1 jam dalam setiap minggu. Masa di antara maghrib dan isya’. Pada waktu ini kita boleh beramal tanpa gangguan halangan. Pada waktu ini kita boleh melaksanakan solat sunat taubat, solat sunat awabbin, solat sunat tasbih atau solat sunat hajat dan sebagainya. Amalan amat sukar dan jarang dilaksanakan pada waktu puncak ini. Untuk tujuan tersebut dicadang salah satu hari pada pada hujung minggu kita keluar dari jemaah setempat dengan mencari masjid yang agak jauh dari tempat kita yang mampu kita hadir. Carilah mana-mana masjid yang agak kurang hiruk pikuk dengan programnya dan di sini diri kita agak kurang dikenali dan ambillah sudut yang agak sunyi di dalamnya. Apabila kita tidak dikenali , perbuatan(amalan) kita jarang diberi perhatian atau diperkatakan kerana tiada yang mengenali kita untuk mengatakan sesuatu. Di sinilah kita ambil kesempatan di antara waktu maghrib dan isya’ untuk melaksanakan amalan yang jarang dan sukar dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan. Oleh kerana situasi sekarang amat sukar untuk beruzlah pada jarak masa yang lama, maka bolehlah kita beruzlan walaupun pada masa yang singkat tetapi hendaklah kita melaksanakan dengan sepenuh hati dan secara istiqamah. Biarlah sejam itu benar-benar kita berbicara denganNya. Rasailah kemanisan beruslah yang menjadi amalan para ambia’ dan solehin walau masanya amat singkat jika dibandingkan dengan mereka yang terdahulu. Selamat beruzlah.

Leave a Reply