BERIBADAT DAN MERAWAT ASMA(LELAH)/AMPUS(SABAH)

Setiap penyakit ada ubatnya dan penyembuhnya hanya Allah s.w.t. Kita dikehendaki beriktiar untuk menyebuhkan penyakit yang kita hadapi. Selain rawatan moden, terdapat juga rawatan alternative seperti rawatan ruqyah. Selagi ianya menepati syariah ianya dibolehkan. Untuk ikhtiar diri sendiri Allah sediakan juga ruang dalam bentuk doa, amalan serta gaya hidup sama ada aspek pemakanan, Pengurusan diri dan sebagainya.
Artikel ini lebih MEMBERI Penekanan kepada amalan kehidupan seharian dan doa yang jika diamalkan secara konsisten. IsyaAllah peluang untuk untuk sembuh atau sekurang-kurang mengurang penyakit terutama asma(lelah) atau ‘ampus’ panggilan orang Sabah. Asma merupakan penyakit yang dihidapi oleh kebanyakkan orang, dan jika dirawat boleh membawa kepada kematian. Di antara amalannya ialah istiqamah bangun awal pagi iaitu 3.00 hingga 3.30 pagi(Sabah)/ 4.00 hingga 4.30 pagi di semenanjung. Di samping mengelak daripada serangan asma kita juga dapat Qiamulai dengan melaksanakan solat-solat sunat seperti wuduk, taubat, tasbih tahajud, hajat dan witir sebagai Penutupnya. Dalam masa yang sama kita boleh berdoa kerana saat 1/3 akhir malam antara waktu doa dimakbulkan. Selain pengidap asma tidak digalakkan tidur sebelah petang terutamanya selepas Asar dan sebaik jangan tidur selepas Zohor. Sekiranya ada kelapangan amalkan tidak sebelum waktu Zohor walaupun untuk beberapa minit. Amalkan secara istiqamah, insyaAllah dalam beberapa bulan penyakit asma dapat dikurangkan Kalaupun tidak sembuh sepenuhnya walaupun asmanya agak kronik sebelumnya. Di samping itu ubatan moden boleh juga diteruskan dan boleh dikurangkan secara beransur kebergantungan terhadap ubatan moden yang lebih 90% bahannya adalah daripada drug(DADAH). Cuba dan Yakinlah hanya Allah yang menyebuhkan dan jika sebaliknya ianya adalah ujian penghapus dosa jika kita bersabar dengan musibah tersebut. Dan MOHONLAH agar setiap musibah diganti dengan yang lebih baik. innalillah hi rajiun , Allahummaajurni fi musibati wakhlifli khoiromminha.

Leave a Reply