BERDOALAH UNTUK ORANG LAIN !

Syurga Allah amat luas, alangkah gembiranya kita jika semua kita dimasukkan ke syurgaNya. Diri kita, anak kita, ibu dan bapa kita, adik beradik kita, saudara kita, keluarga kita, jiran kita, sahabat kita, kenalan kita serta seluruh umat Islam bersama di Jannahnya nanti! Mungkin kita tidak mampu untuk menasihat mereka ini ‘face to face’ tapi kita inginkan mereka menjadi ahli ibadat. Sekurangnya kita ingin melihat mereka berjemaah di masjid, menutup aurat, berbudi pekerti yang mulia, namun kita tidak ada keupayaan atau kelayakan untuk membimbing atau menasihati mereka. Maka doa yang tidak putus-putus dan sekerap kita mendoakan diri kita, begitu jugalah terhadap mereka, mudahan Allah membuka pintu hati mereka untuk mengembirakan kita (apabila harapan kita untuk mereka melaksanakan suruhanNya akhirnya terhasil). Sila pasti mereka yang selain diri kita sentiasa tersenarai setiap kali kita berdoa!. Kita pasti akan merasa amat teruja dan gembira apabila melihat anak kita, keluarga kita atau jiran kita yang sudah bertahun atau tidak pernah hadir berjemaah, tiba-tiba istiqamah solat fardu Subuh berjemaah! Ganjaran orang berdoa untuk orang lain sama dengan apa yang terhasil dari doa kita untuk mereka. Berdoalah bersungguh-sungguh dan percayalah kepada husnuzon.

Leave a Reply