BERDOALAH SEPANJANG MASA

ALLAH amat menyukai hambaNya yang memohon padaNya. MAKA sentiasa berdoalah kepadaNya nescaya akan diperkenan mengikut kehendahNya. Berdoalah di tempat danb masa yang mustajab atau tempat atau masa yang disyorkan berdoa. Bagi mereka yang menunai ibadat haji berdoalah bersungguh- sungguh semasa di Arafah. Bagi mereka yang di izinkan sampai di Makkah al mukaramah berdoalah sebanyak mungkin. Bagi mereka yang disampaikan di Madinatul Munawarah, berdoa bersungguh- sungguh di RaudhahNya dan sepanjang berada di sana. Berdoalah semasa bermusafir, berdoalah sebanyak mungkin pada hari Jumaat terutamanya di antara azan dan khatib naik mimbar dan di antara dua khutbah. Berdoalah sebaik bangun dari tidur, berdoalah semasa ingin dan selepas makan , berdoalah sebaik selesai bertadarus , berdoalah selepas solat, berdoalah di 1/3 malam, berdoalah semasa masuk dan keluar masjid, berdoalah semasa masuk dan keluar masjid, berdoalah apabila bersahur, berdoalah apabila dihadapkan dengan musibah, berdoalah dikunisi sesuatu kebaikan atau rezeki, berdoalah semasa sujud dalam solat( dlm bahasa Arab) dan berdoalah apa sahaja sepanjang dan sepznjang masa secara ISTIQAMAH . Pasti ada saatnya ALLAH makbulkan dan berhusnuzanlah apabila berdoa.

Leave a Reply