BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH SELEPAS AZAN DIKUMANDANG

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa setelah azan, mengatakan, ‘Allahumma rabbahaa zihid da’ wa tit tammah, wos solatil qo imah, Aati Muhammadanil wasilatawal fadhilah, wab ’as hu maqoo mam mahmu danil lazi wa ’ad tah’, maka dia berhak untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat” (HR Bukhari no 614, dari Saad bin Abi Waqash ra.)
Betapa besarnya fadilat menjawab AZAN, namun masih ramai yang tidak ambil kisah berkaitan doa selepas azan. cuba berdoa dengan bersungguh-sungguh dan tambahkan doa lain di penghujungnya kerana doa di antara AZAN dan iqamat sangat dituntut. Kita lihat ada sebahagian berdoa sekadar “melepaskan batuk di tanga”, hanya mengangkat tangan beberapa SAAT sahaja dan melafaznya secara cincai sahaja. Untuk ISTIQAMAH kita kena rutinkan doa selepas azan sebagai satu amalan sunat yang amat penting!. Seterusnya amalan amalan sunnah yang lain yang pada dasarnya nampak biasa, namun mempunyai ganjaran atau fadilat yang besar. Anggaplah semua amalan itu terpenting dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah di sinilah rahsia untuk ISTIQAMAH dalam beribadat.

*catatan : Hayatilah doa azan, dalami tajwidnya supaya terkesan di hati. Terdapat dua tempat dalam doa azan yang perlu ditambah nun baris bawah apabila tanwin berjumpa huruf hamzah wasal (huruf mati selepas tanwin). Hafalkah dengan bersungguh-sungguh dangan tajwid yang betul dan dapatkan hadis sahih tentang doa tambahan di penghujung doa azan supaya kita lebih bermotivasi untuk berdoa secara istiqamah.

Leave a Reply