BERAYA TANPA MENINGGALKAN SYARIAH – Anda Mampu Laksanakan

Syawal semakin berlalu, namun majlis sambutan hariraya semakin rancak. Mungkin mengejar masa, begitu juga majlis Walimatul urus juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan sempena Raya dan cuti hujung minggu.
Tujuan majlis di atas adalah baik nawaitunya, iaitu untuk meraikan sanak saudara dan sahabat handal dengan jamuan istimewa bagi mengeratkan hubungan.
Namun, yang amat menyedihkan ialah perjalanan majlis kebanyakannya tidak selari dengan syariah walau tujuannya adalah melaksanakan syariah. Bukan sahaja tuan rumah, malah tetamu juga turut mengabaikan syariah.
Persoalannya susah sangatkah melaksanakan syariah? Atau syariah hanya boleh dilaksanakan pada masa- masa tertentu sahaja? Kalaulah itu tanggapannya, ingatlah bahawa anda meragui kesempunaan amalan dalam Islam dan menafikan bahawa Islam agama yang tidak menyusahkan. Mudahan kita dihindari daripada tanggapan sedemikian!
Ramai yang mengabaikan solat pada awal waktu apatah solat berjamaah apabila berada dalam sesuatu majlis, sama ada sebagai tetamu atau tuan rumah. Terdapat segelintir yang yang terus tidak melaksanakan solat. Merayakan hari raya merupakan amalan sunnah dan jika dilaksanakan dengan betul akan mendapat pahala yang berganda, manakala jika salah perjalanannya, bukan pahala yang dikutip tetapi dosa yang dikumpul.
Seharusnya kita sebagai tetamu perlu menguasai majlis, bukan majlis menguasai kita. Kita boleh kekalkan amalan solat berjamaah di masjid dengan merancang perjalanan kita. Pastikan kita ke majlis dengan menetapkan masa supaya lama masa kita berada di majlis dan masa solat. Sebagai contoh, jika kita ke majlis selepas waktu Zohor, pastikan waktu solat Asar kita akan berada di masjid untuk berjamaah. Rancang dengan teliti dan patuhi tantatif program ziarah Raya kita supaya kita tetap melaksanakan solat secara berjamaah. Di Malaysia, kita beruntung kerana di mana sahaja terdapat Surau dam masjid. Sila pasti lokasi masjid atau Surau berdekatan dengan program yang kita hadiri supaya kita dapat ke sana dengan segera dan kekalkan amalan solat berjamaah. Cuba amalkan, insyaAllah Allah akan bantu kita berada di saf apabila solat hendak dimulakan. Jangan kerana majlis perayaan kita meninggalkan syariah. Jadikan apa saja majlis sebagai ibadat dengan tidak meninggalkan syariah.

Leave a Reply