BERAMALLAH DENGAN ILMU

Amalan tanpa ilmu tidak ke mana, tidak konsisten dan yang lebih merugikan ialah ditolak olehNya sekiranya tidak menepati kehendakNya. Di antara ilmu yang mesti dikuasai ialah ilmu al Quran. Al Quran perlu dibaca dengan tajwid yang betul supaya menepati maksudnya. Apabila kita menguasai ilmu tajwidnya secara tidak langsung kita menguasai tajwid bahasa Arab walau kita tidak menguasai bahasanya. Apabila kita menguasai ilmu tajwid maka bacaan-bacaan dalam dan luas solat menepati maksud yang dikehendakiNya. Begitu doa yang kita lafazkan di dalam bahasa Arab juga turut membenarkan apa yang kita ucapan dalam doa. Untuk maksud al Quran boleh kita pelajaran sendiri di samping merujuk kepada pakarnya. Pembelajaran ilmu al Quran kenalah berterusan kerana ilmu terlalu luas dan dengan itu kita akan sentiasa ingin laksanakan yang terbaik dalam aspek bacaan di dalam atau di luar solat. Ilmu seterus ialah ilmu feqah. Ilmu feqah memandu kita dalam melaksanakan setiap amalan kita betul-betul menepat syariah yang ditetapkan sama dari aspek rukun,wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Apabila kita memahami dengan jelas maka amalan kita bukan sekadar ikutan tapi yang sebenarnya. Kesan daripada pemahaman tersebut kita sudah pasti akan sentiasa ingin melaksanakan ibadat yang terbaik. Seterusnya ialah ilmu tauhid yang mengawal kita supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam mengEsakan Allah dan tidak terjeremus dengan syirik tanpa kita sedari. Seterus ilmu berkaitan dengan hubungan dengan manusia sebagaiamana dituntut oleh agama yang merupa aspek yang amat penting sebagai pelengkap hubungan kita denganNya yang membawa kita ke syurgaNya.Solusinya ialah mulai saat ini carilah guru dan belajarlah. InsyaAllah anda akan dianugerahi kemanisan dalam beribadat. Mungkin kita tidak kaya di dunia, namun kita kaya dengan kemanisan iman.

Leave a Reply