BERAMAL 24 JAM ATAU KEHIDUPAN TERBUANG BERJAM-JAM !

Ibadat puasa jika dilaksanakan dengan penuh tawaduk dan syarat-syaratnya, maka seolah-olah kita beriabadat 24 jam. Dalam bulan puasa seandainya puasa kita dimabrurkan olehNya dan ditambah dengan ibadat-ibadat tambahan dan melaksana cara hidup yang diajar Rasulullah S.A.W bermula dari bangkit dari tidur sehingga kembali memejam mata. Maka, tidakkah itu dinamakan ibadat 24 jam. Ibadat puasa selama sekitar 14 jam ditambah dengan amalan tambahan dan tidur mengikut syara’ maka sepanjang hari kita berada dalam ibadat(24 jam). Tidak mahukah kita terus mengamalkan ibadat 24 jam pada Isnin dan Khamis? atau selang sehari beramal 24 jam dengan puasa nabi Daud A.S(jika mampu)? ATAU membuang masa berjam dan hanya beramal beberapa jam dalam bentuk solat fardu dan sedikit amalan lain? Bagaimana?

Leave a Reply