BENCANA LINTASAN HATI!

Lintasan di hati (bicara hati) kebanyakkannya yang negatif. Ini kerana kita sering menganggap ianya tidak diketahui oleh manusia lain tanpa menyedari bahawa Allah sentiasa teramat dekat dengan jasad dan hati kita. Zikir merupakan perisai utama untuk mengawal lintasan hati yang negatif. Namun, terlalu sukar untuk membiasakan diri dengan zikir! Kesungguhan untuk melazimkan zikrullah perlu dilatihtubi supaya ia menjadi sebati dengan hidup kita. Apabila ia menjadi sebati, lintasan negatif sukar meresap ke dalam hati dan yang lebih utama ia secara tidak langsung menjadi benteng kepada gangguan lintasan atau bisikan hati yang bersifat negatif. Bolehkan? Kena usaha dan jika berjaya maka bersihlah hati dari segala yang negatif yang sememangnya bercanggah dengan kehendakNya.

Leave a Reply