BELUM SOLAT SUDAH BANTAH IMAN

Datang solat berjamaah memang merupakan tuntutan dan amalan yang amat digalakkan serta mulia. Namun, di antara syarat dalam kesempunaan dalam solat berjamaah ialah mengikut imam. Sekiranya kita perhatikan masih ramai yang tidak mematuhi arahan imam betmula daripada permulaan solat lagi. Ramai yang tidak mengambil peduli arahan imam sebelum memulakan solat, iaitu melurus dan merapatkan saf.  Menyamakan tumit kaki dan merapatkan bahu bukan perkara yang sangat sukar, namun ramai yang tidak mempedulikan yang mengakibat saf bengKang bengkok dan jarang-jarang. Keadaan akan memberi peluang ibls meyelit di antara makmun. Kehadiran syaitanlah menyebabkan solat para jemaah tidak khusyuk. Fikiran merawan keluar dari solat. Kesan ya bukan sahaja melibat jemaah yang degil sahaja tetapi jemaah yang berhampiran juga akan diganggu oleh syaitan laknatullah ini. Untuk peringatan janganlah kita menjadi pembantu kepada syaitan untuk melalai diri sendiri dan lebih malang turut membantu syaitan menggangu jemaah lain. Wallahu’allam.

Leave a Reply