BEGITULAH SITUASINYA

Kita perlu berusaha mendapat taufik dan hidayahNya. Tidak semua yang dikurniaiNya. Sebagai contoh solat berjamaah di masjid secara istiqamah. Kita ramai kaum muslim yang tinggal di sekitar masjid tetapi tidak istiqamah solat berjamaah lima waktu. Mereka yang tidak dikurniainya taufik dan hidayah tidak akan berasa apa-apa walau suara azan bergema dari beberapa corong. Bagi mereka yang telah dikurniaiNya taufik dan hidayah akan berasa serba salah apabila mendengar seruanNya. Ramai yang tidak mengambil berat tentang solat berjemaah kecuali solat Isyak. SEBAHAGIAN BESAR daripadanya hanya datang berjemaah mengikut rasa hati. Sebahagiannya pulat agak konsistan solat berjamaah Isyak atau Maghrib atau Subuh, atau kedua atau ketiganya namun tidak cuba melengkap suara istiqamah solat berjemaan untuk semua waktu. Kalau kita perhatikan dapatan tentang solat berjammah, situasi berlaku di seluruh masjid di dunia ini. Maka, marilah kita dapat kemanisan solat berjemaah lima waktu di masjid dengan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kita berada dalam saf pada awal waktu dan semua waktu. InsyaAllah Dia akan membantu menyedia masa dan ruang untuk kita jika itu kemahuan kita.

Leave a Reply