BAWA ANAK KE MASJID

Membawa anak ke masjid memang suatu yang amat digalakkan sebagai satu tarbiah kepada kanak-kanak. Jika kita imbas kembali semasa kanak-kanak kita dahulu, kita sering dibawa ke masjid atau surau, dan sekiranya tertidur kita akan dikendung atau digalas oleh ibu atau bapa. Begitulah tarbiah yang menjadi ingatan kembali dan menjadi kebiasaan apabila sudah dewasa. Kemungkinan inilah sebahagian ibu bapa membawa anaknya bersama ke masjid dan ke surau.
Namun, persoalannya yang kita perhatikan ialah kebanyakkan mereka yang membawa anak ke masjid ini bukanlah kaki masjid yang istiqamah. Kita perhatikan jemaah yang istiqamah jarang membawa anaknya ke masjid. Bagaimana kita perlu berfikran yang teramat positif kerana kerana mereka merupakan langkah permulaan untuk istiqamah berjemaah lima waktu. Cuma di sini dicadangkan beberapa perkara kepada ibubapa yang membawa anak ke masjid:
i. Anaknya sudah mumaiz
ii. Sudah diajar disiplin solat
iii.Sudah diajar adab di dalam masjid
iv. Awasi kanak-kanak kalau dia menganggu jemaah
v. Jika hendak solat bersama anak duduklah disaf belakang yang tidak menganggu jemaah lain
vi. Jaga kebesihan

Sekirannya syarat tersebut dipenuhi, anda boleh membawa anak anda seramai manapun ke masjid. Ingatlah kehadiran ke masjid adalah pada asasnya untuk melakukan ibadah dan belajar agama. Biarlahlah anak yang dibawa itu, boleh mendapat manfaat seperti yang anda dapat. Wallahu ‘aklan

Leave a Reply