BARU SELESAI MENGUNDI

Kami ( saya dan isteri) selamat mengundi di Parlimen Libaran, Sandakan Sabah kira jam 2.30 pm. Suasana di Sandakan agak muram. Kami sempat meninjau pusat mengundi di sekitar Bandar Sandakan, Batu Sapi, Lebaran dan Kinabatangan suasana tidak semeriah di Semenanjung. Parayu undi dan kenderaan mengangkut pengundi dimonopoli oleh BN, hanya sebuah dua saja kenderaan pihak pembangkang seperti PKR, PAS dan Bebas. Kenderaan DAP langsung tidak kelihatan (situasi sama seperti pilihanraya 80-an, pengundinya hanya menumpang kenderaan parti lain tetapi apabila keputusan diumumkan DAP menang- apakah situasi sama akan berulang, kita tunggu dan lihat beberapa jam lagi).

Pengundi pembangkang dijangka mengundi secara “undi senyap“. Situasi secara luaran BN menguasai suasana tetapi berdasarkan “cakap-cakap” mungkin ada kejutan apabila keputusan diumumkan nanti. Apa yang penting calon yang terpilih dapat berkhidmat sebagaimana yang dijanjikan. Apa yang kita lihat keadaan fizikal (keperluan asas seperti air, api dan jalanraya) ketara masih ada persamaan 80-an dan era malenium 2008. Harap-harap ianya ada perubahan atau kerajaan akan diubah sekiranya masih memegang tapuk pada pilihanraya ke 12 ini.

Leave a Reply