BANJIR

BANJIR merupakan kurniaan Allah yang mempunyai hikmah. Dalam keadaan banjir kita perhatikan semakin ramai menyedari bahawa ianya adalah ujian dariNya. Kehebatan manusia tidak sesekali akan mengatasi kekuasaanNya . Maka, jadikan banjir ini sebagai masa untuk merapatkan hubungan keluarga. Banjir menyebabkan pergerakan kita agak terhad . Jadi gunakan masa tersebut untuk merapatkan hubungan di kalangan keluarga di rumah sambil santai dengan jamuan tradisional seperti ubi-ubi dan sebagainya. Maka menjelmakan berbagai jenis ubi untuk dimakan di antaranya ubi kayu, ubi badak, ubi keling, ubi stela, ubi keladi, ubi itik dan ubi badong. Serta makan pulut dengan kelapa dan ikan masin dan pulut pagi. Itulah di antara sarapan yang popular di Kelantan pada musim banjir ini. Walau bagaimana pun amalan sunat harian perlu dilaksanakan secara istiqamah .

Leave a Reply