mBANDINGKAN DENGAN DIRI SENDIRI BERDASARKAN UKURAN MASA

Kita tidak perlu membandingkan amalan kita dengan orang kerana ianya melampaui ilmu kita. Kita hanya perlu menganggap amalan orang lain lebih baik daripada diri kita dan kita berusaha untuk mencapai sepertinya.Membandingkan diri sendiri berdasarkan masa adalah lebih praktikal dan berkesan. Sebagai contoh tahap puasa kita hari ini berbanding puasa kita kelmarin. Adakan kita rasa lebih baik atau sebaliknya. Seandainya tiada perubahan berazamlah untuk melaksanakan pada hari esok yang terbaik. Terbaik dalam aspek menjaga pandangan mata, penggunaan lidah dan anggota badan lain. Tambahkan sedikit zikir, solat sunat, sedekah dan sebagainya. Kita yang alaminya maka kita yang sebenarnya dapat menilai dengan sejujurnya.

Leave a Reply