BANDARAYA KOTA KINABALU MAKIN BERKEMBANG

Kira-kira jan 2.00 pm tiba di KK dari Sandakan, Check in di Tang Dinasti Hotel berhampiran WISMA MUIS dan Masjid Negeri Cadang esok solat subuh di sana, insyaAllah. Terlupa bawa inhaler “ashma prevent”. Satu KK cari semua farmasi “closed” maklumlah cuti Kong xi fa cai. Di sini perayaan disambut dengan meriah, hampir seminggu kumpulan tarian singa menari di setiap tempat. Sukar bagi bayi hendak lelap. Apa boleh buat 1 Malaysia katakan. klinik juga banyak yang tutup, yang open tiada pula bekalan yang diperlukan. Harap-harap ashma yang kronik ku alami dapat bertahan sehingga farmasi dibuka esok atau ke unit emergency awal pagi esok. Semoga Allah swt memberi kekuatan kerana ku yakin segala-galanya dariNya. Besok ku bercadang ke JPN untuk update data peribadi yang sudah dua  tahun outdated. Di antara tujuan ke KK ialah untuk bercuti dan merehatkan diri di samping menikmati pandangan tentang kebesaran Ilahi. Perjalanan merupa salah satu cara untuk muhasah diri, menguji kesabaran, menajamkan daya berfikir, melatih membuat keputusan yang cepat, tepat dan puas serta memperbaiki kelemahan pada perjalanan lalu. Yang paling utama yang seharusnya tidak dilepaskan ialah berdoa, kerana doa musafir di antara paling mustajab. Sekara 11.28 pm ashmaku masih bertahan. Makanan hari ini juga boleh menyumbang kepada keaktifan ashmaku. Lunch dan dinner with nasi lemak. Esok kami bercadang menjamu selera Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru di Suria KK yang baru dibuka. Tadi, kira-kira jam 4.00 pm, mek contact menyatakan nenekku(80 an) telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.00 am dan telah selamat dikebumikan di samping saudara kandung yang telah pergi lebih awal (di Perkuburan Bakat -Machang). Inalillah dan al fatihah. Semoga Allah menempatkan roh bersama orang soleh.

Sajak utuk mok

Mok

dikau insan malang yang tabah

menempuh derita sepanjang masa dengan tabah

keperitanmu mengiringimu sentiasa

cucumu berharap ianya sahammu di alam baqa

amin

Leave a Reply