BAGAIMANA MENJADI INSAN BERTAQWA- SATU PENCERAHAN

Pendakwa atau pengkuliah sering mendambakan agar kita menjadi insan yang bertaqwa! Namun tidak ramai mereka yang membimbing bagaimana mencapai insan yang bertaqwa? Cukupkah ketaqwaan hanya dalam hati tanpa melaksanakan apa-apa amalan atau beramal yang wajib sahaja atau melaksanakan ibadat berdasarkan ‘mood’ atau masa atau bahagian tertentu sahaja?.
Para pendakwa atau pengkuliah perlu menterjemah secara amalannya yang membawa atau menunjukkan ke arah ketaqwaan!. Untuk kencapai tahap ketaqwaan amalan kita mestilah sentiasa ‘up to date’ dan ada nilai tambah. Sebagai contoh dalam solat fardu, kita perlu istiqamah solat awal waktu dan berjemaan lengkap 5 waktu dan diikuti dengan solat sunat yang lain secara istiqamah, berkuali (menepati rukun dan syaratnya). Begitu dengan amalan harian, mingguan,bulanan, tahunan dan masa tertentu secara istiqamah, tanpa mengira ianya difardukan atau diwajibkan atau disunahkan. Dari amalan yang mega(fardu) kepada yang sekecil-kecil seperti doa masuk dan keluar tandas!…….. Selamat berbuka puasa sunat Khamis.

Leave a Reply