Bagaimana Mendapatkan Puasa Mabrur satu catatan ringkas

Apakah kita inginkan ibadat puasa kita mabrur? itulah persoalan pertama yang seharusnya kita bertanya kepada hati nurani kita. Apakah ibadat puasa kita sekadar rutin tahunan atau ikut-ikutan. Ramai yang kita lihat mereka sekadar berpuasa kerana masuknya bulan Ramadhan. Orang Islam diwajibkan berpuasa, maka mahu tidak mahu kita juga turut berpuasa. Kalau tidak keislaman kita pasti akan dipersoalkan oleh sanak saudara atau kenalan. Orang yang bernama Islam pantang apabila keislamannya dipertikaikan. Walau saban waktu bergelumang dengan perbagai perkara yang melanggari hukum hakam agama. Perlanggaran yang boleh dilihat seperti dalam soal percakapan, perbuatan , berpakaian dan sebagainya. Seharusnya untuk mendapat puasa yang mabrur selain mematuhi rukun dan syaratnya tanpa kompromi, kita seharusnya tidak melanggari syariah agama samada perkataan, perbuatan atau berpakaian. Di antara yang mesti kita laksanakan untuk memperolehi puasa mabrur ialah melaksanakan azam semasa permulaan niat berpuasa di samping memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadat tersebut sebaik mungkin dan menghindari perkara-perkara yang boleh menghilangkan kemabrurannya. Kita seharus yakin hanya Allah yang boleh membantu kita “hasbunallah” kemudian kita berusaha sehabis mungkin untuk mendapat kemabruran puasa kita dengan mematuhi rukun dan syarat serta memperbanyakkan amal. Di samping semaksima mungkin menghindari pantang larang yang boleh menghilangkan kemabruran puasa kita(melalui kuliah atau bacaan kita boleh dapati semuanya). Jika demikianlah insyaAllah puasa kita mabrur dan balasannya syurga yang kita akan kekal selamanya. wallahu’allam.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. giá tấm xuyên sáng - Trackback on 2016/08/19/ 19:10