Bagaimana melaksanakan aksesori dalam ibadat supaya istiqamah?

Majoritinya setiap muslim ingin melaksanakan ibadat dengan sempurna. Sempurna bererti melaksana perkara yang wajib dan dilengkapi dengan amalan sunat. Aksesori(amalan sunat) dalam ibadat nampaknya simple(mudah) tapi ganjaran(fadhilatnya) sangat besar.  Namun bukan perkara yang mudah untuk  dilaksanakan. Aksesori ibadat ini ada yang nampak mudah tapi sukar dilaksanakan secara istiqamah, apatah aksesori yang nampaknya sukar(setengahnya menganggap mustahil) tetapi sebenarnya mudah jika diizinkannya. Kemudahannya akan Allah kurniakan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dengan ikhlas.

Aksesori ibadat ini meliputi perkara yang berkaitan dengan perbuatan , lisan  dalam hati. Kita hendakan yakin seyakin-yakinnya bahawa semua suruhan mampu kita laksanakan secara istiqamah.

Aksesori melibatkan perbuatan biasanya melibatkan anggota badan. Sebagai contoh perbuatan dengan memulakan tangan atau kaki kanan atau bahagian kanan. Adakah kita dapat istiqamah supaya kaki kanan kita melangkah masuk ke dalam masjid dan langkah kiri apabila keluar. Perbuatan ketika makan dan minum dan apabila masuk atau keluar tandas?.

Aksesori yang ramai mengaggap sukar ialah bacaan pada waktu tertentu sama ada dalam bentuk doa atau bacaan ayat-ayat alquran pilihan. Aksesori memerlukan hafalan yang memang tidak disukai kerana mereka ini tidak berusaha untuk mencubanya. Galakkan membaca surah sajadah dan almulk sebelum tidur nampak sukar dan mustahil sekiranya kita laksana dengan menatap mushaf. Mungkin untuk beberapa ketika kita mampu laksanakan, tetapi sukar untuk istiqamah. Ianya menjadi mudah sekiranya kita mengahafal surah tersebut. Bagi mereka yang menghafal dua surah tersebut akan mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk membacanya sebelum tidur. Ianya menjadi mudah jika kita menghafal surah-surah dan doa-doa yang disyorkan. Cubalah hafal sedikit demi sedikin dengan bersungguh dengan mengharapkan pertolonganNya, isyaAllah Allah pasti anugerahinya. Cubalah.

Leave a Reply