BAGAIMANA INGIN ISTIQAMAH SOLAT BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU

Solat berjamaah merupakan tuntutan bagi setiap seorang muslim sebagaimana hadis nabi s,a,w untuk tidak meninggalkan solat subuh berjemaah adalah hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak.

Ia jadi lebih bermakna apabila digabungkan dengan satu hadis berkaitan yang lain, juga riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud,

“…sesungguhnya memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku suruh seseorang untuk mengimami para jemaah, dan aku pula keluar dengan beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka”

Sekiranya kita perhatiankan, solat jamaah yang agak ramai makmurnya ialah solat Isya’. Ramai yang dapat meluangkan masa berjamaah isya’ tapi gagal memakmurkan pada waktu lain. Apakah halangannya untuk hadir berjamaah pada waktu lain? Masing-masing mempunyai alasan kenapa mereka gagal berjamaah lima waktu sehari. Bagi yang bekerja sama ada sektor awam atau swasta memberi alasan kangkangan tugas, terpaksa bertugas sewaktu masuknya waktu solat. Bagi peniaga, mereka memberi alasan melayani pelanggan. Bagi petani, alasannya jauh daripada masjid atau surau. Bagi yang kerja sendiri, alasannya adalah mengejar masa mengurus perkhidmatan dengan pelanggan atau ke tapak projek. Sebagaimana kita sedia maklum, sebahagian besar manusia bekerja mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup. Apakah benar alasan tersebut? Pertama, cuba anda menjawab soalan ini.
a. Adakah seorang kakitangan awam atau swasta ini akan berjamaah genap lima waktu pada hari cuti umum?
b.Adakah peniaga ini berjamaah genap lima waktu apabila beliau menutup perniagaan?
c. Apakah petani ini melaksanakan genap lima waktu apabila tidak ke kebun atau ladangnya?
d. Apakah pengurus pekhidmatan ini melaksana genap lima waktu apabila urusannya selesai atau ada kelapangan?
Jika jawapan anda”TIDAK’, maka alasan kerja sebenar adalah helah sahaja. Adalah mustahil jawapan ‘YA’ kerana muslim yang dapat memastikan solat berjamaah waktu lapang sudah pasti mereka ini akan istiqamah solat berjamaah walaupun waktu sibuk.

Alasan atau halangan di atas boleh kita ketepikan jika kita menyedari peri penting solat berjamaan sebagai sabda nabi s.a.w di atas. Allah akan permudahkan kita untuk berjamaah walau di mana kita berada atau dalam situasi bagaimana sekalipun. Perkara yang paling utama adalah niat yang ikhlas dalam melaksanakan kerana ialah perintah Allah yang menjadi sunnah. Perkara yang paling utama untuk kita istiqamah ialah kita hendaklah mengatur jadual harian kita dengan teliti dan solat jamaah merupakan tentatif yang paling utama yang perlu dimasukkan dalam perjalanan hidup harian kita. Dewasa ini, masjid dan surau bertaburan di mana-mana, ianya berada berhampiran pejabat tempat kita bertugas atau di dalam premis, masjid atau surau bertebaran di semua bandar kecil atau besar, ia berdiri megah berhampiran pusat membeli belah, di sepanjang perjalanan, di setiap kampung tiada yang tidak didirikan masjid atau surau, kesimpulannya di mana-mana ada masjid atau surau.sebahagaian besarnya dimakmurkan walaupun jamaahnya imam dan bilal sahaja.Aturlah jadual harian kita supaya kita dapat solat berjamaah walaupun di mana kita berada. Contohnya,Sekiranya kita berada di perjalanan, hendaklah kita pastikan tepat masa sesuatu solat fardu kita akan berada berhampiran dengan masjid atau surau. Sekiranya kita sedang membeli belah sila pasti urusannya selesai apabila azan berkumandang atau tangguh sekejab untuk solat berjamaah. Sekiranya urusan membeli belah atau urusan peribadi melangkaui masa solat, maka kita pastikan dahulu lokasi masjid atau surau di tempat kita berurusan tersebut supaya dapat kita melapangkan masa beberapa minit untuk berjamaah dan seterusnya meneruskan urusan kita. bersambung…..

Leave a Reply