BAGAIMANA BERSUNGGUH DENGAN AMALAN?

Pada kebiasaannya ramai yang bersungguh melaksanakan amalan fardu atau yang wajib , namun ambil ringan atau langsung tidak melaksanakan amalan sunat.Jalan untuk ISTIQAMAH dan peningkatan dalam Amalan ialah menghindari dari melaksanakan amalan sambil terutama amalan-amalan sunat. Memandang remeh dan merengankan amalan sunat dengan tumpuan hanya kepada amalan yang fardu dan wajib mesti dijauhi jika ingin peningkatan dan ISTIQAMAH dalam amalan. Sebagai contoh dalam kita melaksanakan Solat sunat, buatlah sebaik dan pastikan grednya A+++++..
Untuk kita hendaklah menambah aksesorinya(amalan tambahan) dalam Solat kita walaupun Solat sunat. Bacaan seperti doa iftitah yang lengkap, bacaan tambahan semasa rukuk dan sujud dilengkapkan Sebagaimana Solat Nabi saw. Bacaan tambahan sebelum salam jangan ditinggalkan, begitu juga dengan bacaan Surah selepas bacaan al Fatihah hendaklah di biasakan walaupun dalam solat sunat. Sekiranya amalan ini menjadi kebiasaan malah kemestian apatah lagi dalam Solat fardu.
Begitulah juga dengan amalan sunat yang lain yang nampaknya biasa sahaja seperti menghayati azan dengan bersungguh-sungguh serta menjawab azan dan iqamat DENGAN selengkapnya. Bermulalah dari amalan yang nampak simple tapi besar fadhilatnya. Amalkan secara istiqamah dan teruskan dengan amalan yang lain yang biasa atau yang mencabar dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah Allah akan menolong hambaNya yang melaksanakan amalan secara bersungguh-sungguh.mulai dari sekarang! Kalau bukan sekarang bila lagi, semasa nyawa dikandung badan.

Leave a Reply