BAGAIMANA ANDA RASA DENGAN PUASA ANDA?

Ramai yang berkata ” Saya tak rasa apa-apa pun PUASA saya hari!” Alhamdulillah lah jika itulah anugerah dariNya. Namun, jika anda berpuasa, anda rasa letih, itu adalah cubaan yang juga Allah anugerahi untuk anda bahawa itulah pengorbanan sebagai hambaNya kerana mematuhi suruhanNya. Jika anda rasa Tersangat dahaga, maka itu ujian untuk supaya sabar menghadapi ujian di samping merasai bahawa ada sebahagian di sekitar kita atau di kehidupan lain yang sepanjang tahun terpaksa berdehaga di terik matahari untuk meneruskan kehidupan. Jika kita terlalu lapar, itu ujian dariNya untuk hambaNya di samping untuk mneyedarkan kita bahawa ramai lagi yang terpaksa berlapar sepanjang masa kerana kesukaran hidup. Kita juga merasa pening, rimas, less, mengatuk, tidak bermaya dan pelbagai rasa yang tidak kita sukai, namun itulah dinamakan PUASA. Jika kita berjaya melalui situasi tersebut dengan pengisian ibadat yang maksima di samping menjaga pancaindera agar tidak terperosok dengan dosa atau sekurang boleh mengurangkan pahala, insyaAllah peluang untuk dianugerahi PUASA yang mabrur amat cerah. MOHONLAH kepadaNya agar kita merasai PUASA yang sebenarnya. Bagaimana anda merasa PUASA anda?dan bagaimana anda mahu PUASA anda rasai?

Leave a Reply