Azan Dua Kali


Hadith :

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. mempunyai dua orang juru azan, iaitu Bilal dan Ummu Maktum, baginda bersabda: “Sesungguhnya Bilal bertugas untuk mengazankan sembahyang di waktu malam sebelum terbit fajar, oleh itu makan dan minumlah kamu semua (bersahur) sehinggalah Ummu Maktum azan yang menandakan masuknya waktu Subuh. Ibnu Umar r.a. berkata: “ Tidak ada jarak di antara kedua juru azan itu, melainkan jika Bilal telah selesai azan lalu disambung oleh Ummu Maktum pula, dalam jarak yang tidak terlalu lama”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Disunatkan umat Islam supaya melaungkan azan dua kali di mana azan pertama adalah sebagai pemberitahuan kepada umat Islam agar bersedia untuk menunaikan sembahyang Subuh, sedangkan azan yang kedua pula menandakan bahawa waktu Subuh telah masuk.
2. Islam sangat mengambil berat tentang masalah kebajikan umatnya dengan memberi mereka kesempatan membuat persediaan sebelum megerjakan sembahyang.
3. Waktu bersahur adalah sebelum masuknya waktu Subuh. Umat Islam digalakkan melaungkan azan dua kali atau sebagainya untuk memberi syarat bahawa waktu sahur telah bermula, dan dengan itu orang yang mendengarnya akan bangun dari tidur untuk bersahur dan seterusnya mengerjakan solat Subuh.

Leave a Reply