AZAM TIDAK BERSUNGGUH DAN TIDAK FAHAM

Rumusan daripada kuliah Maghrib oleh imam masid Badang(PCB) menyatakan punca amalan seseorang itu tidak ISTIQAMAH ialah kerana tidak bersungguh dalam berazam untuk melaksanakan sesuatu ibadah. Apabila kita tidak bersungguh untuk mendirikan solat sunat misalnya, ini menyebab kita menjadi ‘hip hop ‘ dalam amalan. Mass rajin kita banyakkan amalan, manakala di mass sedikit amalan malah kadang-kadang langsung ditinggalkan. Apabila kita brazam dengan bersungguh- sungguh , kita pasti akan berusaha melaksanakan walaupun dalam keadaan sukar sekalipun. Bergitu juga dengan pemahaman berkaitan dengan sesuatu yang kita amalkan merupakan pendorong untuk kita melaksanakan sesuatu amalan tersebut. Kita kena memahami fadhilat atau gamjaran yang dijanjiNya terutama belasan di akhirat nanti. Sebab itulah, bagi mereka yang jauhkan dari mendapat ilmu agama secara umum hanya melaksanakan sesuatu amslan SECARA rutin sahaja. Golongan sudah pasti tidak akan memahami kerana mereka tidak berada di majlis ILMU , berbanding mereka yang berada di majlis ilmu. Huraian berdasarkan hadis Nabi Sallalahu ‘alaiwasallam .

Imam masjid – Tn Hj Ustaz Abdul Manaf.

Dekat Rumah hinggapkun- Taman SPP Indah  , Badang PCB, KB.

Leave a Reply