Asalkan Wang dan Kemewahan III

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Ibadat yang kita laksanakan akan diberi pahala berganda, rezeki dari pelbagai sumber mencurah-curah dan ihsan di kalangan manusia amat menonjol. Sedaif manapun seorang hamba, namun sepasang baju raya tetap dapat disediakan untuk diri dan anak kesayangan. Alaah yang mengurniakan dari perbagai cara yang di luar akal makhluk. Kita lihat manusia akan berbondol berbelanja di pasar Ramadhan, pasaraya dan sebagai agak terlalu luar biasa dari bulan-bulan yang lain. Itu tanda Kebesaran dan Maha Kayanya Allah. Namun dalam mengejar keberkatan terdapat segelintir yang hanya mengejar wang dan kemewahan hasil keberkatan bulan ini. Sakit mata dan bernanahnya hati melihat hamba Allah yang berjual di pasar Ramadhan yang mengabaikan solat. Hal ini berlaku di kebanyakkan tempat yang pasar Ramadhannya berhampiran masjid, namun mereka memekakkan telinga apabila azan berkumandang. Sibuk dengan urusan jual beli. Apakah dengan meluangkan masa beberapa minit kita akan menanggung kerugian besar? memang mustahil! tetapi kerugian akhirat tetap akan kita hadapi! ingat kemewahan dunia adalah amat sementara berbanding alam akhirat yang abadi. wallahu’alam.

Leave a Reply