Asalkan Wang dan Kemewahan II

Semala selepas majlis ilmu, kami berbicara pelbagai isu agama. Sebagaimana sedia maklum isu berkaitan kemewahan dunia juga terbangkit, walau kami cuba mengelakkan supaya majlis tersebut dilimpahi rahmat. Apabila soal kemewahan diungkitkan, maka terungkitlah harta-harta yang telah dikumpul melalui kaedah yang meragukan. Apakah cukup dengan solat lima waktu tanpa mangkir, menadah kitab tanpa lalai, perwatakan yang menonjolkan nilai Islam? Tatapi masih terlibat dengan pekerja dari sumber riba yang jelas haramnya, melabur melalui saham-saham yang banyak keraguannya, mendapat manfaat insuran yang jelas melanggar syariat Allah swt. dan sebagainya. Sedih apabila kita secara tidak sedar telah mengasingkan agama dan kehidupan. Kita cuba menjadi hamba Allah yang terbaik tetapi pada masa yang sama kita telah melanggar ketetapan yang Allah tentukan. Kenapa perkara ini terjadi pada orang yang sangat gemar kepada kesyumuran ibadah tetapi memperlekeh kesyumuran ekonomi dan politik? Kesian kepada teman kita yang memang mepunyai kesedaran yang tinggi untuk hidup beragama serta mengamalkan setiap ibadah yang difardukan malah yang sunat menjadi pelengkap juga tidak ditinggalkan. Berguru adalah amat dituntut dalam beragama namun. “Iqraq” ayat pertama yang diwahyukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw harus diambil ingatan. Membaca merupakan sumber ilmu yang amat penting untuk dijadikan panduan dalam setiap aspek kehidupan. Melaluinya kita mendapat pelbagai maklumat yang membawa kita ke arah kesyumulan dalam kehidupan. Peranan pembacaan amat penting kalaupun terdapat kemusykilan dari bacaan kita, maka gurulah rujukan yang mesti kita dapatkan. Dengan kengkangan masa adalah mustahll kita dapat berguru dalam semua hal berkaitan kehidupan.Maka melalui pembacaanlah kita mendapa sumber berkaitan semua aspek. Apakah saham yang kita labur halal atau haram, apakah insuran yang kita bergatung menepati syariat atau sebaliknya, apakah sumber pendapati halal dari aspek riba atau subhah. Sudah pasti di sanalah jawapannya. Sesibuk manapun kehidupan kita, sekaya mana pun milik kita jika sumbernya haram, nerakalah kesudahannya. Wallahu’alam.

Leave a Reply