APAKAH??????

Waktu solat berjamaah paling ramai di mana-mana masjid ialah waktu solat isyak. Apakah solat isyak sahaja yang penting dan perlu berjamaah. Atau apakah waktu isyak sahaja kita mempunyai kelapangan untuk bersolat jemaah? Atau apakah kita hanya perlu solat jemaah pada waktu ada kelapangan sahaja?atau apakah kita tidak boleh mengambil sedikit masa di waktu lain untuk solat berjamaah ? Atau apakah kita masih bekerja waktu MAGHRIB, jika alasan kerja yang diberikan? Atau apakah terlalu penatkah kita bekerja sepanjang HARI sehingga tidak mampu kita ke masjid untuk beberapa minit?atau kita semua perlu bergegas ke tempat kerja sebelum Subuh sehingga tidak sempat untuk beberapa minit solat berjamaah di masjid? Atau apakah berlaku “traffic jam” pada waktu sebelum Subuh sehingga menyebabkan kita akan terlambat ke tempat kerja? APAKAH ALASAN DI ATAS AKAN DITERIMA ALLAH NANTI? Jika ya, Mudahan Allah mengampuninya, dan jika tidak usaha kanlah supaya anda berjamaah setiap waktu nescaya Allah akan menyediakan ruang,masa dan kemudahan untuk itu insyaAllah .

Leave a Reply