APAKAH YANG ANDA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU IBU BAPA YANG TELAH PERGI…

Semua kita menyayangi ibu dan bapa kita. Orang paling kita sayang semasa mereka masih hidup. Apakah kita masih sayang kepada mereka walaupun mereka sudah tidak bersama kita lagi? Tidak mencukupi kesayangan kita dengan meletakkan jambangan bunga di kuburan, atau menziarahi kuburan pada hari-hari tertentu, atau mengadakan majlis tahlil pada masa-masa tertentu, atau menghadiahkan tahlil dan surah Yasiim pada setiap Jumaat, atau doa pada masa-masa tertentu. Apakah begitu juga caranya yang kita harapkan daripada anak kita kelak? Tentu sekali tidak kan? Caranya adalah beramal dengan amalan soleh sepanjang masa. Setiap amalan soleh yang dilaksanakan oleh anak soleh, maka amalan tersebut juga mengalir manfaat kepada kedua ibu bapa kita di alam SANA. Selain amalan soleh yang kita amalkan memberi ganjaran kepada orang kesayangan kita, kita juga akan mendapat ganjaran sebagai amalan soleh untuk diri sendiri sebagai bekalan apabila kita juga ke SANA nanti. Tidak perlu ongkos. Inilah tanda sayang kita kepada mereka semasa hidup dan juga apabila mereka sudah berada di alam yang lain.Amalan harian kitalah sebenarnya tanda kasih sayang yang sebenar untuk orang kesayangan kita. Bagaimana kita? sayangkah kita? jika sayang, ayuh tingkatkan amalan kita secara isstiqamah.

Leave a Reply