Apakah Puasa Kali ini Puasa Yang Mabrur

Semalam adalah malam terakhir aku menimami solat terawih di surau taman perumahan tempat tinggalku. Apakah ini adalah solat terawih yang terakhir bagi atau aku diberi kesempatan lagi pada tahun hijrah yang akan datang. Semoga Allah memanjangkan usiaku agar ditemui lagi bulan yang penuh kemulian dan keberkatan ini. Walau semalam ku dapati sebahagian jemaah begitu gembira meninggal Ramadhan tapi tidak bagiku. Kepiluan amat terasa apabila aku memulai solat terawih terakhir untuk tahun hijrah ini.Beberapa persoalan bermain di sanubariku. Apakah amalan-amalan yang aku laksanakan terutamanya ibadat solat dan puasa diterima sebagai mabrur atau sekadar penat,lelah, lapar dan dahaga sahaja. Namun aku yakin aku telah berusaha untuk melaksanakan kewajipan ku dengan amalan yang terbaik berbanding tahun hijrah yang lalu. Apakah amalan puasa yang khusus untukMu Ya Allah adalah yang terbaik sebagaimana yang kau perintahkan. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini adalah yang sangat lemah dan daif telah mencuba yang terbaik, maka terimalah amalanku ini dan ampuni setiap kesalahan dan kealpaan ku. Ya Allah berilah peluang kepada hambaMu ini kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan akan datang semoga aku dapat melaksanakan amalan yang lebih baik. Ya Allah kurniakan istiqamah dalam mengamalan perintahMu sebagamana telah akau laksanakan. Tambah dan berikan kekuatan kepada hambaMu yang sangat lemah dan daif ini dalam beribadat kepada Mu. Hanya Engkaulah Ya Allah yang MAHA Berkuasa ke atas hambaMu ini. Hanya kepadaMu sahaja tempatku bergantung harap sepanjang berkelana di dunia yang fana ini.Ya Allah terima amalanku dan ampuni segaal dosa dan berikan kekuatan untuk SEMUA melaksana perintahMu dan meninggal SEMUA larangaMu.

Leave a Reply