APAKAH MUSIBAH?

Setiap hamba yang ditimpa MUSIBAH akan diampunkan dosa-dosa jika mereka bersabar dan mengucapkan innalillah hi wainna ilaihirajiun, Allahummaajurni fi musibati khiramminha. MUSIBAH ialah apa saja yang manusia tidak suka. Ia bukan merupakan nikmat malah ia seolah-olah nikmatnya telah ditarik. Tetapi bagi orang bertaqwa mereka menganggap MUSIBAH itu sebagai ujian yang Allah akan membalasnya sama ada dalam bentuk penghapusan dosa atau dianugerahinya dengan nikmat yang lebih baik jika kita redha dan bersabar. Nikmat tersebut sama ada dikurniakan di dunia atau selepas kita meninggalkan alam ini. Allah MAHA memenuhi janjiNya.
Contoh MUSIBAH yang dialami oleh makhluknya ialah kematian, kesakitan, kehilangan orang terdekat dan dikasihi atau harta benda, diinaya atau dikhianati, dihina, dijatuhkan, dimiskinkan, diberi kehidupan yang sukar, diberi bencana alam, kemalangan, dan seribu satu petkara yang mendatangkan kesuhahan dan kesukaran kepada simpenerimanya.

MUSIBAH di atas ada hamba yang boleh menerimanya atau terpaksa menerimanya apabila gagal menemui jalan keluar.

Namun MUSIBAH yang jarang orang sedar malah kadang-kadang dianggap sebagai nikmat atau memang menjadi kebiasaan tanpa mereka menyedari bahawa itu adalah MUSIBAH. MUSIBAH yang ini SEPATUTNYA paling ditakuti, di antaranya nikmat kekayaan. Kekayaan yang diperolehi menyebabkan ia leka beribadat kepadaNya sehinggalah ia menghembuskan nafas terakhir. Mereka ini sentiasa sibuk mengurus dan menambah hartanya. Berat dalam melaksanakan amal ibadat juga merupakan MUSIBAH yang tidak sedari. Apabila soal ini tidak disedari , mereka tidak berusaha memperbaiki amal, jauh sekali memohon supaya Allah ringankan hati untuk beribadat. Situasi berlalu tanpa disedari seperti melenggah-lengah solat fardu, mamandang remeh solat berjamaah, malas melaksanakan amalan-amalan sunat, berat dalam melaksanakan amalan yang baik malas menghadiri program berbentuk ilmu agama dan sebagainya. Jika perkara berterusan, maka amat rugi dan sia-sia kehidupannya. MUSIBAH lain yang tidak disedari ialah memandang remeh perbuatan atau perlakuan yang bertentangan DENGAN syariat. Ini berlaku apabila tidak merasa berdosa jika terdapat anggota keluarga yang tidak menutupi aurat, tidak menyedari bahawa perkara tersebut merupakan penghalang untuk menghuni syurga Allah walaupun telah melaksanakan perkara yang fardu.

Sebenarnya banyak lagi MUSIBAH sama ada yang kita sedari atau tidak berlegar dalam kehidupan seharian kita jika berfikir. Sebab itu dalam agama, berfikir sesaat boleh menyamai ibadat beribu tahun. WAllah hu’allam

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. trần nhôm clip-in 600x600 - Trackback on 2017/01/09/ 12:52
  2. influencer marketing - Trackback on 2017/08/21/ 05:57