APAKAH ISLAM MAKIN TEGUH?

Persoalan di atas semakin berputar di hati ini selepas melakukan pemerhatian sepanjang bermusafir selama 40 hari.
Ke mana sahaja kita pergi, kita akan lihat masjid dan surau melata dan tersergam indah. Apabila kita hadir ke dadanya, kita akan selesa dengan karpetnya yang tebal, kedinginan amat terasa dengan pendingin hawa yang di pasang di sekeling dindingnya atau sekurang-kurang kipas berpusing-pusing di atas kepala. Apabila memerhati di sekeliling kita, mata akan nampak terpaparnya iklan dan papan-papan tanda atau banner tentang ceramah-ceramah, jadual-jadual kuliah agama dan tidak kurang juga banyaknya tawaran pengajian kelas atau sekolah tahfiz. Semakin ramai ibubapa berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz atau aliran agama termasuk para artis-artis yang saban hari bergelumang dengan hiburan yang melalaikan. Apabila kita membuka lebaran sama ada majalah atau akhbar harian, akan terpapar penulisan, artikal, padangan atau ucapan yang mengagungkan dan membela agama yang mulia ini. Apabila kita menonton di media massa, kita perhatikan setiap orang bercakap tentang mempertahankan agama, pantang dicabar terutama dari penganut agama lain. Begitu hebat kita nampak gelombang kebangkitan Islam pada zahirnya. Apakah pada hakikat atau realitinya begitu? Kalau ya, Alhamdulillah. Untuk menjawabnya mari kita ke masjid atau surau semasa solat fardu terutama solat subuh, apakah jemaahnya semakin ramai atau sebaliknya? Apabila kita mendapat jawapan carilah puncanya. Pada umumnya di antara puncanya ialah ilmu tanpa amal. Ramai yang berilmu tapi tidak ramai yang beramal dengan ilmunya dan istiqamah dengan amalan. Selain itu sifat meterialistik telah menyelimuti umat Islam yang menyebabkan amalan agama menjadi pilihan kedua atau sekadar kulitnya sahaja. Allahu’allam.

Leave a Reply