APAKAH INI PERMAINAN SYAITAN YANG LICIK

Al kisah seorang kawan yang kaki surau sejak akhir-akhir ini. Kesungguhannya amat ketara pada Ramadhan lepas dengan amalan sunat seperti solat sunat, tadarus dan majlis zikir. Beliau juga jarang mangkir untuk solat Subuh berjemaah begitu solat maghrib berjemaan yang ramai pemuasa mengabaikannya. Apatah lagi solat terawih kecuali halangan yang tidak dapat dielakkan (biasalah bagi insan yang baru berjinak dengan surau atau masjid). Namun sejak akhir-akhir beliau agak jarang ke surau. Kali terakhir terserepak ialah pada majlis Hari Raya di surau. Kesempatan tersebut memberi peluang untuk bertanya khabar dan sebab musabah ketidakhadiran ke surau. Beliau menjelaskan tentang gangguan makhluk halus kepada isterinya menyebabkan beliau tidak boleh meninggalkan isterinya bersendirian. Apakah ini perminan syaitan untuk menghalangnya ke masjid walau beberapa minit dan tidak pula menghalang untuk ke tempat lain walaupun memakan masa yang lebih lama jika berada di surau. Wallah hu ‘allam.

Leave a Reply